See other templates

Objektif

  • Menyediakan kemudahan Komputer untuk pelajar dan kakitangan
  • Menyediakan perisian yang terkini untuk pembelajaran
  • Menyediakan suasana makmal yang selesa
  • Menyediakan infrastruktur rangkaian untuk kemudahan semua warga kampus
  • Memastikan 90% kelengkapan ICT dan system AV dalam keadaan baik

 


 

Misi dan Visi

 Misi : Menyediakan fasiliti perkomputeran dan AV untuk pengguna-pengguna warga kampus

Visi : Mempertingkatkan pengurusan infrastruktur teknologi maklumat dengan teknologi terkini dalam membantu memantapkan pengurusan pentadbiran agar mencapai kecemerlangan ke arah unit bertaraf antarabangsa.

 


 Peranan

  • Menyedia dan mengurus perkhidmatan teknologi maklumat secara efisyen dan efektif.
  • Menggalakkan penggunaan teknologi maklumat dalam pengurusan kerja, pembelajaran dan pengajaran.
  • Menyediakan perkhidmatan sokongan teknikal bagi memastikan semua prasarana ICT dapat digunakan dengan sempurna.
  • Menyediakan perancangan pembelian kemudahan peralatan komputer berdasarkan keperluan tahunan, semasa dan peruntukan kewangan yang sedia ada.

 

Fungsi

  • Mengenalpasti keperluan latihan dalam bidang pengajaran dan pembelajaran;
  • Merancang dan menjalankan program-program latihan yang berkaitan dengan pengajaran dan pembelajaran untuk melahirkan tenaga pengajar yang mahir dan dinamik;
  • Sentiasa memastikan segala peralatan, perisian dan bahan bantuan pengajaran dan pembelajaran mencukupi dan terkini;
  • Penyelarasan kaedah-kaedah pengajaran dan program akademik daripada aspek perkhidmatan dan pembangunan untuk staf akademik;
  • Menyebarkan dan berkongsi amalan pengajaran;
Joomla templates by Joomlashine