InfoTech Terengganu
InfoTech Terengganu (sebelum ini dikenali dengan USMB) mempunyai 19 kakitangan yang diketuai oleh Pegawai Teknologi Maklumat. Unit ini ditubuhkan pada asalnya untuk menyediakan makmal komputer bagi staff dan juga pelajar dengan nama Unit Makmal Komputer. Ia hanya bermula dengan 3 buah makmal komputer sahaja. Namun dengan pertambahan pelajar dan kepesatan pembangunan ICT pada masa kini, jumlah makmal komputer telah meningkat kepada 16 Makmal Komputer. Kesemua makmal komputer di kampus ini digunakan sepenuhnya oleh pelajar yang mana makmal dibuka mulai jam 8.00 pagi sehingga 6.00 petang, dan 8.00 - 10.00 malam mengikut jadual yang telah disediakan oleh pihak Hal Ehwal Akademik (HEA).