See other templates

Merujuk perkara di atas, dilampirkan senarai pengguna komputer  yang akan tamat pada Julai  2017. Komputer akan diambil oleh pihak pembekal pada Sept 2017. Sehubungan itu, pihak InfoTech berharap beberapa perkara di bawah dapat dilaksanakan oleh pihak tuan/puan:-

1. Diminta agar semua data dari komputer telah dipindahkan ke storan lain,
2. Membuang semua data / program / aplikasi  yang penting dan rahsia

Adalah dimaklumkan bahawa pihak InfoTech tidak bertanggungjawab ke atas data-data di dalam komputer tuan/puan.

Bagi pengguna yang telah memohon untuk membeli komputer Dell ini, bayaran sebanyak RM 477.00 hendaklah dilakukan pada hari komputer tersebut di ambil oleh pembekal yang dijangka pada bulan Sept 2017. Dilampirkan senarai yang membuat permohonan pembelian.

Untuk makluman, gantian komputer sewa hanya akan diberi kepada staf pentadbiran dan pensyarah yang status kontrak/pakej sahaja. Bagi pensyarah yang status tetap, tuan/puan adalah layak dan diminta memohon geran komputer riba dengan mengisi borang permohonan yang disertakan. Bagi pensyarah yang akan bersara kurang dari tempoh 5 tahun, komputer sewa akan digantikan mengikut lokasi.

Untuk maklumat lanjut berkenaan geran komputer riba, sila klik pautan ini.

 

 

Joomla templates by Joomlashine