HOME: InfoTech Pengenalan
  • Kaunter Utama
  • Ruang Legar
  • Dataran Jasmin
  • Blok Progresif
  • Dataran Jasmin 2
  • Laluan Dewan Jasmin
  • Laluan InfoTech

InfoTech Terengganu

E-mail Print PDF

InfoTech Terengganu (sebelum ini dikenali dengan USMB) mempunyai 19 kakitangan yang diketuai oleh Pegawai Teknologi Maklumat. Unit ini ditubuhkan pada asalnya untuk menyediakan makmal komputer bagi staff dan juga pelajar dengan nama Unit Makmal Komputer. Ia hanya bermula dengan 3 buah makmal komputer sahaja. Namun dengan pertambahan pelajar dan kepesatan pembangunan ICT pada masa kini, jumlah makmal komputer telah meningkat kepada 16 Makmal Komputer. Kesemua makmal komputer di kampus ini digunakan sepenuhnya oleh pelajar yang mana makmal dibuka mulai jam 8.00 pagi sehingga 6.00 petang, dan 8.00 - 10.00 malam mengikut jadual yang telah disediakan oleh pihak Hal Ehwal Akademik (HEA).

 

Selari dengan kemajuan teknologi maklumat, unit ini berkembang dan peranannya menjadi semakin besar. Sejak itu, peranan unit ini berubah dan skop perkhidmtatan diperluaskan ke seluruh kampus dan dikenali dengan nama Unit Sistem Maklumat Bersepadu (USMB). Ini termasuklah prasarana IT disediakan dan segala infrastruktur / kemudahan IT dapat berfungsi dengan sempurna. Selain itu, bahagian ini juga berfungsi untuk menyelenggara semua peralatan komputer di seluruh kampus ini dan juga menjadi sebagai proxy kepada InfoTech (PSMB), UiTM Shah Alam dalam perancangan berkaitan ICT.

 

Pada tahun 2010, fungsi dan skop unit ini semakin diperluaskan dengan tambahan fungsi menyelia Alat Pandang Dengar (AV). Pentadbiran USMB juga telah diletakkan di bawah seliaan Pejabat Rektor, dan tidak lagi di bawah Hal Ehwal Akademik. Bagi melicinkan perkhidmatan teknologi maklumat untuk semua warga kampus, unit ini dibahagikan kepada sub-unit seperti:

  • Pentadbiran Am
  • Infrastruktur IT (Rangkaian)
  • Pengurusan Aplikasi (Web & Aplikasi Sistem)
  • Perkhidmatan ICT (Sokongan Pengguna)
  • AV

Bermula 2012, sebagai penyeragaman kepada pengstrukturan baru PSMB Shah Alam kepada InfoTech, maka, unit ini juga telah menukar nama kepada InfoTech Terengganu.